Tuesday, October 6, 2009

Intro

PENGENALAN

Geng Ternak Ikan Keli (GETIK) ditubuhkan pada 1 Oktober 2009 bertujuan menyatupadukan penternak-penternak ikan keli bumiputera yang menjalankan penternakan ikan di Malaysia.

Wujudnya persatuan ini adalah hasil daripada kelemahan pengurusan dan juga kerana penternak-penternak bumiputera tidak dapat bersaing dengan penternak bukan bumiputera. Selain itu, hasil lambakan ikan dari luar negara seperti Thailand dan Indonesia serta kekecewaan penternak-penternak bumiputera yang terpinggir dari segi menghasilkan penternakan, pengurusan, pemasaran dan sebagainya.

Dengan wujudnya GETIK, akan dapat memberi tunjuk ajar, membantu dan membimbing penternak-penternak atau bakal penternak sehingga berjaya.

Bagi memperkasakan industri ikan keli di Malaysia, wujudnya Visi dan Misi untuk penternak meningkatkan taraf ekonomi dan mengurangkan kadar pengangguran di kalangan bumiputera.

Di samping itu, GETIK juga akan memastikan produk-produk yang dihasilkan bermutu, berkualiti, bersih , suci dan HALAL.

Penternak-penternak yang bernaung di bawah GETIK akan dibantu, dibimbing dan diajardengan cara berkongsi pengalaman dengan seluruh penternak ikan keli di Malaysia.

MISI

  1. Memperkenal dan membimbing penternak dengan teknologi penternakan terkini.
  2. Membantu penternak-penternak yang terpinggir.
  3. Memperkasakan industri penternakan di tanah air.
  4. Mewujudkan jaringan dan persaingan yang sihat antara penternak.
  5. Mempelbagaikan produk yang berasaskan ikan untuk pasaran tempatan dan luar negeri
  6. Mewujudkan peluang kerjaya dan mengurangkan kadar pengangguran.
  7. Meningkatkan taraf ekonomi di bandar dan luar bandar.

VISI

  1. Melahirkan penternak-penternak yang berilmu dan berwawasan.
  2. Melahirkan golongan penternak yang kuat untuk menjana sumber ekonomi.
  3. Memperkenalkan produk penternakan ke pasaran global.
  4. Memperkasakan industri perikanan ke mata dunia.
  5. Melahirkan generasi pelapis yang mantap dan berketrampilan hebat.

0 comments:

Post a Comment